Sahabat, hidayah Allah ada dimana-mana sahaja. Cuma kita yang tak
ambil peluang untuk cari dan kadang-kadang kita tak perasan pun. Sebab
apa? Kita terlalu sibuk dengan urusan dunia. Betul bukan? Baiklah, kali
ini, kita perlu mencari sebab yang nak masuk syurga kita dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. Setiap dosa kita Dia ampunkan. Sebab apa?
Sebab Allah mahu sangat kita masuk syurga. See, Allah sendiri nak bagi
kita senang masuk syurga. Tapi apa? Cuma kita sendiri yang tak nak cuba
untuk masukkan diri kita ke syurga malah sebaliknya.
Hari ini kita mungkin seorang yang paling jahat, paling keji, paling
hina di dunia tapi itu semua dapat dihapus dengan taubat dan meminta
keampunan Allah. Baiknya Allah pada kita memberi nikmat yang tak
terhingga, tapi cuba kita fikir berapa banyak kita bersyukur? Kita
tidur, Allah jaga. Tak pernah sesaat pun Allah lupa kita. Allah
bangunkan kita, hidupkan kita semula. Untuk apa? Untuk kita menambah
lagi amal kebaikan kita. Subhanallah!
Bagaimana kalau kita masih berbuat dosa? Salahkan diri sendiri sebab
kita yang menzalimi diri kita sedangkan Allah sudah bagi kita peluang
di dunia. Bukan mahu beri ceramah seolah ustazah. Sekadar berkongsi ilmu
Allah. Tak semestinya ustaz/ustazah saja yang layak beri ceramah dan
nasihat kan. Tahu tak, bila tulis tulis macam ni, sebenarnya kita just
tulis tajuk apa yang terniat di hati kita nak sampaikan nanti akan
muncul idea secara spontan. Kerana apa? Idea itu datangnya dari Allah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sekadar coretan tarbiyah diri.
Jaga hati. Jaga iman. Ingat mati. Ingat Allah. Dengan nama Allah aku
mula, dengan nama Allah aku akhiri. Assalamualaikum wbt :)
thnk coz sudi bce (≧∇≦)/