Hari ini kita mungkin seorang yang paling jahat, paling keji, paling hina di dunia tapi itu semua dapat dihapus dengan taubat dan meminta keampunan Allah. Baiknya Allah pada kita memberi nikmat yang tak terhingga, tapi cuba kita fikir berapa banyak kita bersyukur? Kita tidur, Allah jaga. Tak pernah sesaat pun Allah lupa kita. Allah bangunkan kita, hidupkan kita semula. Untuk apa? Untuk kita menambah lagi amal kebaikan kita. Subhanallah!
Bagaimana kalau kita masih berbuat dosa? Salahkan diri sendiri sebab kita yang menzalimi diri kita sedangkan Allah sudah bagi kita peluang di dunia. Bukan mahu beri ceramah seolah ustazah. Sekadar berkongsi ilmu Allah. Tak semestinya ustaz/ustazah saja yang layak beri ceramah dan nasihat kan. Tahu tak, bila tulis tulis macam ni, sebenarnya kita just tulis tajuk apa yang terniat di hati kita nak sampaikan nanti akan muncul idea secara spontan. Kerana apa? Idea itu datangnya dari Allah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sekadar coretan tarbiyah diri. Jaga hati. Jaga iman. Ingat mati. Ingat Allah. Dengan nama Allah aku mula, dengan nama Allah aku akhiri. Assalamualaikum wbt :)





No comments :
Post a Comment